Legasiku.my Daftar Percuma
Pendaftaran awal percuma

Bila Mak Ayah Pergi, Siapa Akan Urus Semua Yang Mereka Tinggalkan?

Rumah, tanah, akaun bank, hutang, dokumen penting. Kebanyakan keluarga hanya mula mencari semuanya selepas kematian. Legasiku bantu anda susun dari sekarang, supaya orang tersayang tak perlu bermula dari kosong.

Percuma Tiada kad kredit Ambil masa kurang 2 minit
Masalah sebenar

Kalau esok sesuatu berlaku, adakah pasangan dan anak anda tahu…

Apa harta yang anda ada?
Hutang apa yang masih belum selesai?
Di mana geran, polisi dan dokumen penting disimpan?
Siapa waris dan siapa yang perlu dihubungi?
Apa yang sudah dirancang, dan apa yang belum?
Siapa boleh bantu uruskan semua ini?

Kebanyakan keluarga tak tahu jawapannya. Bukan sebab tak sayang, tapi sebab semua maklumat itu hanya ada dalam kepala seorang.

Yang paling berat bukan kehilangan harta. Tapi tak tahu nak mula dari mana.

Ramai anak terpaksa menyelongkar laci, telefon bank satu demi satu, dan bertanya saudara-mara, sambil masih berduka. Semuanya boleh jadi lebih mudah kalau maklumat sudah tersusun lebih awal.

My Legasiku

Satu tempat untuk semua maklumat penting keluarga anda

My Legasiku ialah ruang digital peribadi untuk anda merekod, menyemak dan menjaga maklumat penting, supaya keluarga tahu apa yang ada bila tiba masanya.

01

Rekod

Masukkan maklumat keluarga, harta, hutang dan dokumen anda.

02

Semak

Legacy Health tunjuk apa yang sudah lengkap dan apa yang belum.

03

Jaga

Dapat peringatan untuk kemas kini rekod dari semasa ke semasa.

Apa anda boleh rekod

Semua yang keluarga perlu tahu, tersusun dalam satu akaun

Profil dan contact penting
Maklumat waris dan ahli keluarga
Rumah, tanah dan hartanah
Aset lain (kenderaan, simpanan, akaun)
Hutang dan komitmen
Dokumen penting
Maklumat perancangan pusaka
Legacy Health

Sejauh mana rekod keluarga anda lengkap?

Legacy Health menilai 5 bahagian utama dan tunjuk apa yang perlu anda buat seterusnya.

HartaHutangWarisDokumenPerancangan

Bukan sekadar markah. Legasiku bantu anda jawab: apa masalah yang masih ada, dan apa perlu dibuat sekarang?

Peringatan berkala

Rekod yang tak dikemas kini, sama macam tiada rekod

Legasiku akan ingatkan anda bila rekod sudah lama tak disemak, bila maklumat waris belum lengkap, atau bila tiba masa semakan semula.

Last ReviewedBila kali terakhir disemak
Next ReviewTarikh semakan seterusnya
ReminderKami ingatkan anda
UpdateRekod kekal terkini
Bantuan profesional bila perlu

Jumpa masalah? Anda tak perlu urus sendirian.

Jika semakan anda tunjuk isu berkaitan pusaka, hibah, wasiat, hartanah atau pembiayaan, tekan "Saya Perlukan Bantuan". Pasukan Legasiku akan semak dan hubungkan anda dengan profesional yang sesuai, dan anda boleh ikuti status kes anda terus dalam Legasiku.

PusakaHibahWasiatHartanahPembiayaan

Legasiku membantu anda bersedia. Ia bukan pengganti nasihat undang-undang khusus.

Bonus daftar awal

Daftar sekarang, dapat 2 hadiah pada hari pelancaran

Ebook percuma

Panduan Pusaka Keluarga

7 Perkara Yang Perlu Disediakan Sebelum Waris Memerlukannya.

Video eksklusif

Bersama Peguam Junaidi

Penerangan mudah tentang apa yang keluarga biasanya hadapi bila perlu urus rumah, tanah, akaun, hutang dan pusaka selepas kematian ibu bapa.

Untuk siapa

Legasiku untuk anda, jika…

Soalan lazim

Ada soalan?

Betul ke percuma?

Ya. Pendaftaran My Legasiku adalah percuma.

Adakah Legasiku ni firma guaman?

Tidak. Legasiku ialah platform untuk menyusun dan menjaga rekod keluarga. Bantuan profesional disediakan bila anda memerlukannya.

Saya tak ada banyak harta. Perlu ke?

Perlu. Hutang, akaun, polisi dan dokumen pun penting untuk waris tahu.

Susah ke nak guna?

Tidak. Direka untuk telefon, bahasa mudah, dan boleh isi sedikit demi sedikit.

Bila saya dapat ebook dan video?

Pada hari pelancaran, terus kepada pengguna yang sudah berdaftar.

Urus Hari Ini. Lindungi Yang Kita Tinggalkan.

Sediakan hari ini, supaya orang yang anda sayangi tak perlu bermula dari kosong suatu hari nanti.

DAFTAR MY LEGASIKU PERCUMA
Percuma Tiada kad kredit Kurang 2 minit
DAFTAR MY LEGASIKU PERCUMA